Tuesday, February 26, 2013

Apa yang anda perlu tahu?

Apa yang anda perlu tahu untuk menjalankan urusniaga internet?

Anda sudah bersedia untuk bermula? Baiklah.. disini saya akan listkan perkara perkara yang anda perlu belajar dan mengetahui selok belok urusniaga ini sebelum anda boleh terjah masuk. Seperti yang saya nyatakan dalam entry sebelum ini, urusniaga internet adalah urusniaga yang berasaskan ilmu perngetahuan, so, kepada yang malas untuk belajar, anda sememangnya kurang berkelayakan menceburi bidang ini. Jadi, apekah ilmu- ilmu penting yang perlu anda tahu itu?

1. Cara-cara perbankan internet atau transaksi wang secara online.
2. Cara bagaimana untuk membuat website.
3. Cara bagaimana melakukan promosi atau pengiklanan yang berkesan melalui internet.
4. Cara memilih product atau service yang bersesuaian untuk dijual di internet.
5. Isu isu keselamatan perniagaan internet.
6. Dan juga yang paling penting ialah bagaimana memberi Customer Service yang baik dalam perniagaan internet.

Nampak macam banyak bukan? Hoho.. jangan risau, saya akan ajarkan anda satu persatu secara step by step melalui module perniagaan yang telah disediakan.


Jenis-Jenis perniagaan internet.

Mengikut apa yang saya tahu, ada lebih kurang 5 jenis perniagaan internet setakat ini.
1. Perniagaan dropship.



Dropship ni mudah je.. anda jadi orang tengah menjual produk dari syarikat atau individu. Anda promote produk-produk mereka dan apabila customer kontek anda untuk membeli, anda hanya perlu berikan alamat customer atau pelanggan tersebut kepada syarikat yang memyediakan product atau perkhidmatan, mereka yang akan hantar produk tersebut kepada alamat yang anda berikan. Anda iklankan dengan harga yang lebih mahal berbanding harga syarikat yang anda beli.

Kelebihan urusniaga ini ialah:
a. Tidak perlu mencipta product,
b. Tidak semestinya mempunyai website, anda boleh je iklan dekat mudah.my atau ebay.
c. Modal yang sangat minima.

Kekurangan perniagaan jenis ini ialah:
a. Seringkali ditipu oleh customer. (Contoh, barang rosak dan minta claim sedangkan barang elok je)
b. Tertipu oleh syarikat yang menyediakan produk atau service. (Contoh: Dah hantar alamat pembeli tapi syarikat tak hantar produk pun kepada pembeli).

Itulah antara kelebihan dan kekurangan utama bagi peminat-peminat dropship. Namun yang demikian, sedikit analisa atau membuat disclaimer yang baik, cukup untuk mengurangkan risiko risiko kekurangan yang saya nyatakan itu.

Jenis kedua pula ialah:
2. Perniagaan Affiliate.



Perniagaan affiliate ni pun mudah jugak. Anda hanya perlu jadi promoter kepada sesuatu produk dan biasanya ialah produk digital seperti ebook. Anda hanya perlu iklankan laman web yang disediakan dan sekiranya ada pembeli yang membeli dari laman web tersebut, anda akan mendapat komisen. Mudah kan?

Antara kelebihan kelebihan perniagaan jenis ini ialah:
a. Tidak perlu mencipta produk sendiri.
b. Tidak semestinya memerlukan website.
c. Modal juga minima..

Antara kekurangan utama pernigaaan jenis ini ialah:
a. Ramai customer dah pandai untuk menukar website kepada website utama syarikat. Sekiranya customer membeli dari website utama dan bukan dari website khas untuk anda, komisen tidak akan diberikan.
b. Sukar untuk mengesan samada syarikat yang sediakan perkhidmatan itu telus atau tidak. Anda sukar nak tahu berapa ramai yang dah beli produk melalui website yang disediakan untuk anda. Mungkin mereka beli dari website anda tapi kompeni sengaja tak nak kira..
c. Kajian menunjukkan tidak ramai yang membeli dari padangan pertama. Biasanya customer hanya akan membeli selepas berfikir semalaman. Oleh yang demikian, mereka mungkin akan masuk semula ke website jualan tersebut tetapi bukan melalui website yang disediakan untuk anda.

Itulah antara kelemahan kelemahan utama perniagaan jenis ini..
Hmm.. nampaknya dah agak panjang.. saya akan sambung di entry yang berikutnya.

Monday, February 25, 2013

Asas-Asas perniagaan internet.

Asas-Asas perniagaan internet.

Sebelum anda mula menceburi bidang perniagaan internet, setting mentaliti adalah asas yang paling penting untuk berjaya.Anda mestilah sentiasa berfikiran positif dan juga tidak mudah berputus asa kerana perniagaan internet adalah tidak semudah yang disangkakan. Ilmu adalah satu yang sangat penting dalam menguasai pemasaran internet. Anda memerlukan diciplin dan anjakan paradigma atau sikap yang baik secara berterusan untuk berjaya. Antara metaliti yang perlu diterapkan dalam fikiran anda ialah:



1. Perniagaan internet adalah persaingan ilmu.
2. Perniagaan internet adalah perniagaan yang memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
3. Rezeki itu datangnya dari Allah, oleh yang demikian, sentiasa lah patuhi perintah-Nya dan jauhi laragan-Nya.
4. Niatkan untuk membantu mereka yang memerlukan sekiranya anda berjaya dalam perniagaan ini suatu hari nanti.
5. Pembangunan perniagaan hanya 10% daripada usaha dan bakinya 90% itu adalah pengiklanan.
6. Rezeki itu datangnya dari usaha, dan usaha itu mestilah berlandaskan ilmu.

Kadangkala, biarpun duit kita berlimpah banyaknya berjuta juta.. namun apekah nilai duit itu sekiranya hati kita tidak tenang? Apakah nilai duit itu sekiranya keluarga kita porak poranda.. Tidak sedikit artis-artis atau ahli sukan yang kaya raya mengalami masalah mental atau gangguan jiwa dek kerana tiada ketenangan dalam kehidupan mereka. Biarpun kita sedia maklum bahawa pendapatan mereka mencecah jutaan ringgit sebulan, namun kebahagiaan itu jauh sekali dari raut wajah mereka. Disinilah mainnya keberkatan.. Biarpun pendapatan anda sedikit, namun sekiranya ianya betul2 berkat, nescaya anda akan sentiasa rasa cukup. Hidup anda juga bahagia disamping isteri dan anak yang baik2 belaka..

Dalam perniagaan internet, sudah tentu banyak sekali kelebihan kelebihan yang anda peroleh berbanding perniagaan biasa. Antaranya ialah:

1. Perniagaan internet boleh dilakukan di rumah atau dimana mana sahaja dengan teknology smartphone sekarang.
2. Perniagaan internet tidak memerlukan modal yang besar seperti perniagaan komersil yang biasa.
3. Urusniaga internet merupakan urusniaga global yang mudah mencapai jutaan pelanggan.
4. Anda boleh bercuti sesuka hati anda.
5. Perniagaan anda berjalan selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.



Seronok bukan? Dan yang paling best.. andalah boss anda sendiri. Tapi ingin diingatkan disini bahawa anda bukanlah boss yang mutlak. Sebaliknya boss anda ialah tuhan yakni dalam agama Islam yang saya anuti, boss saya direct terus kepada Allah kerana dialah yang memberikan rezeki. Sekiranya anda kerja kolar putih, apabila anda hendak bercuti maka anda akan menemui boss anda, apabila anda hendak minta kenaikan gaji, anda minta kepada boss anda, apabila anda tidak tahu tentang sesuatu urusan, anda akan bertanya kepada boss anda.

Oleh yang demikian, lakukanlah perkara yang sama apabila anda melakukan urusniaga internet ini. Sekiranya anda ingin bercuti, berdoalah keselamatan dari Allah, Sekiranya anda hendak ditambahkan rezeki, berdoalah dimurahkan rezeki, dan sekiranya anda ingin tahu sesuatu yang anda tidak tahu, berdoalah agar diberi petunjuk. Mudah bukan? Fikir-fikirkan dan Teruskan usaha!

Thursday, August 7, 2008

Cara-cara nak buat duit dari internet.

Tahniah kerana anda menjumpai blog ini.

Blog ini di tulis bertujuan mendedahkan kepada masyarakat di malaysia tentang peluang buat duit dengan menggunakan internet.

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana boleh buat duit dengan internet..dan masih ramai yang meragui bolehkan internet menjanakan wang untuk mereka.Jawapannya sudah tentu!

Anda boleh lihat sendiri bagaimana pengasas amazon.com memperoleh USD 1 billion dalam tempoh 3 tahun berurusniaga.Semua bermula dengan internet.Bagaimana Dr.Irfan khairi menjadi jutawan semasa usia beliau 25 tahun hanya dengan internet,dan beratus-ratus lagi jutawan internet di malaysia yang senyap tanpa pengetahuan orang lain.

Di sini saya akan menceritakan serba sedikit tentang bagaimana untuk anda memperoleh wang dari internet.Sememangnya terdapat pelbagai cara.Namun disini saya dedahkan beberapa cara yang menjadi kebanyakan orang melakukannya..

1.Buat duit dengan forex.
2.Buat duit dengan iklan.
3.Buat duit dengan jual e-book.
3.Buat duit dengan program affiliate.


1.Buat duit dengan forex:

Forex semangnya boleh menjadi sumber utama pendapatan anda.Boleh berurusniaga selama 24 jam sehari dan 5 hari seminggu dengan jumlah transaksi harian tidak kurang dari USD 2 Trillion.Urusniaga forex menukarkan risiko kepada wang.Semakin tinggi risiko kerugian yang anda sanggup tanggung,semakin besar keuntungan yang mungkin anda perolehi.Anda juga perlu menkaji dan mempelajari ekonomi semasa dan cara-cara analisa untuk menghasilkan keuntungan yang lumayan.

Klik link berikut untuk belajar forex:

www.nakbelajarforex.com


2.Buat duit dengan iklan.

Caranya amat mudah dan amat sesuai bagi mereka yang takut rugi.Modal percuma tetapi memerlukan usaha dan kemahiran yang tinggi.Anda hanya perlu membina laman web yang menjadi tarikan orang ramai dan meletakkan ruang-ruang iklan di laman web anda seperti google adsense,nuffnang atau addbrite.Semakin ramai orang melayari laman web anda,semakin tinggi komisen yang anda akan perolehi dari advertising laman web anda.Tetapi untuk menarik pelayar internet memasuki web anda bukanlah semudah A,B,C tetapi memerlukan publisiti yang meluas dan usaha yang tanpa penat jemu.

Untuk belajar buat duit dengan iklan,Klik link di bawah:
www.buatduitdenganiklan.com (underconstruction)


3.Buat duit dengan jual e-book.

Cara ini memang sesuai dengan seseorang yang mempunyai kemahiran menaip atau mengarang sesebuah buku.Anda hanya perlu menaip sebuah buku dan jual kepada semua orang diseluruh dunia.Namun buku anda mestilah mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk menarik pembeli2 dari seluruh dunia.Anda mestilah mempunyai iklan yang gempak dan ayat yang power sehingga menyebabkan sesiapa sahaja teringinkan e-book anda.Baru lah anda boleh menjadi kaya dengan hanya menjual e-book di rumah.Sambil tido-tido pun boleh buat.

Untuk belajar cara nak buat duit dengan jual e-book,klik ling di bawah:

www.belajarbuate-book.com (underconstruction)


4.Buat duit dengan program affiliate.

Cara ini mudah dan tidak memerlukan modal yang tinggi.Anda boleh melakukannya secara percuma namun memerlukan usaha yang gigih.Caranya mudah..anda seperti menjadi agen atau orang tengah bagi sesuatu product di internet dan anda hanya perlu mencari pembeli atau mempromosikan barang anda.Untuk setiap barang yang anda dapat jual,anda dapat komisen.Senang kan?Semuanya sudah di sediakan.Anda hanya perlu menarik orang masuk ke laman web penjual dan meyakinkan mereka yang barang anda baguss.Macam jual ubat kat pasar malam la lebih kurang.Hehe.

Untuk belajar buat duit dengan program affiliate,Klik link di bawah:

www.buatduitdenganaffiliate.com (underconstruction)



Saya tunjukkan jalan,anda tentukan.Nak ke tak nak?(Ayat Dr.Tuah Iskandar)
Google