Tuesday, February 26, 2013

Apa yang anda perlu tahu?

Apa yang anda perlu tahu untuk menjalankan urusniaga internet?

Anda sudah bersedia untuk bermula? Baiklah.. disini saya akan listkan perkara perkara yang anda perlu belajar dan mengetahui selok belok urusniaga ini sebelum anda boleh terjah masuk. Seperti yang saya nyatakan dalam entry sebelum ini, urusniaga internet adalah urusniaga yang berasaskan ilmu perngetahuan, so, kepada yang malas untuk belajar, anda sememangnya kurang berkelayakan menceburi bidang ini. Jadi, apekah ilmu- ilmu penting yang perlu anda tahu itu?

1. Cara-cara perbankan internet atau transaksi wang secara online.
2. Cara bagaimana untuk membuat website.
3. Cara bagaimana melakukan promosi atau pengiklanan yang berkesan melalui internet.
4. Cara memilih product atau service yang bersesuaian untuk dijual di internet.
5. Isu isu keselamatan perniagaan internet.
6. Dan juga yang paling penting ialah bagaimana memberi Customer Service yang baik dalam perniagaan internet.

Nampak macam banyak bukan? Hoho.. jangan risau, saya akan ajarkan anda satu persatu secara step by step melalui module perniagaan yang telah disediakan.


Jenis-Jenis perniagaan internet.

Mengikut apa yang saya tahu, ada lebih kurang 5 jenis perniagaan internet setakat ini.
1. Perniagaan dropship.



Dropship ni mudah je.. anda jadi orang tengah menjual produk dari syarikat atau individu. Anda promote produk-produk mereka dan apabila customer kontek anda untuk membeli, anda hanya perlu berikan alamat customer atau pelanggan tersebut kepada syarikat yang memyediakan product atau perkhidmatan, mereka yang akan hantar produk tersebut kepada alamat yang anda berikan. Anda iklankan dengan harga yang lebih mahal berbanding harga syarikat yang anda beli.

Kelebihan urusniaga ini ialah:
a. Tidak perlu mencipta product,
b. Tidak semestinya mempunyai website, anda boleh je iklan dekat mudah.my atau ebay.
c. Modal yang sangat minima.

Kekurangan perniagaan jenis ini ialah:
a. Seringkali ditipu oleh customer. (Contoh, barang rosak dan minta claim sedangkan barang elok je)
b. Tertipu oleh syarikat yang menyediakan produk atau service. (Contoh: Dah hantar alamat pembeli tapi syarikat tak hantar produk pun kepada pembeli).

Itulah antara kelebihan dan kekurangan utama bagi peminat-peminat dropship. Namun yang demikian, sedikit analisa atau membuat disclaimer yang baik, cukup untuk mengurangkan risiko risiko kekurangan yang saya nyatakan itu.

Jenis kedua pula ialah:
2. Perniagaan Affiliate.



Perniagaan affiliate ni pun mudah jugak. Anda hanya perlu jadi promoter kepada sesuatu produk dan biasanya ialah produk digital seperti ebook. Anda hanya perlu iklankan laman web yang disediakan dan sekiranya ada pembeli yang membeli dari laman web tersebut, anda akan mendapat komisen. Mudah kan?

Antara kelebihan kelebihan perniagaan jenis ini ialah:
a. Tidak perlu mencipta produk sendiri.
b. Tidak semestinya memerlukan website.
c. Modal juga minima..

Antara kekurangan utama pernigaaan jenis ini ialah:
a. Ramai customer dah pandai untuk menukar website kepada website utama syarikat. Sekiranya customer membeli dari website utama dan bukan dari website khas untuk anda, komisen tidak akan diberikan.
b. Sukar untuk mengesan samada syarikat yang sediakan perkhidmatan itu telus atau tidak. Anda sukar nak tahu berapa ramai yang dah beli produk melalui website yang disediakan untuk anda. Mungkin mereka beli dari website anda tapi kompeni sengaja tak nak kira..
c. Kajian menunjukkan tidak ramai yang membeli dari padangan pertama. Biasanya customer hanya akan membeli selepas berfikir semalaman. Oleh yang demikian, mereka mungkin akan masuk semula ke website jualan tersebut tetapi bukan melalui website yang disediakan untuk anda.

Itulah antara kelemahan kelemahan utama perniagaan jenis ini..
Hmm.. nampaknya dah agak panjang.. saya akan sambung di entry yang berikutnya.

Monday, February 25, 2013

Asas-Asas perniagaan internet.

Asas-Asas perniagaan internet.

Sebelum anda mula menceburi bidang perniagaan internet, setting mentaliti adalah asas yang paling penting untuk berjaya.Anda mestilah sentiasa berfikiran positif dan juga tidak mudah berputus asa kerana perniagaan internet adalah tidak semudah yang disangkakan. Ilmu adalah satu yang sangat penting dalam menguasai pemasaran internet. Anda memerlukan diciplin dan anjakan paradigma atau sikap yang baik secara berterusan untuk berjaya. Antara metaliti yang perlu diterapkan dalam fikiran anda ialah:



1. Perniagaan internet adalah persaingan ilmu.
2. Perniagaan internet adalah perniagaan yang memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
3. Rezeki itu datangnya dari Allah, oleh yang demikian, sentiasa lah patuhi perintah-Nya dan jauhi laragan-Nya.
4. Niatkan untuk membantu mereka yang memerlukan sekiranya anda berjaya dalam perniagaan ini suatu hari nanti.
5. Pembangunan perniagaan hanya 10% daripada usaha dan bakinya 90% itu adalah pengiklanan.
6. Rezeki itu datangnya dari usaha, dan usaha itu mestilah berlandaskan ilmu.

Kadangkala, biarpun duit kita berlimpah banyaknya berjuta juta.. namun apekah nilai duit itu sekiranya hati kita tidak tenang? Apakah nilai duit itu sekiranya keluarga kita porak poranda.. Tidak sedikit artis-artis atau ahli sukan yang kaya raya mengalami masalah mental atau gangguan jiwa dek kerana tiada ketenangan dalam kehidupan mereka. Biarpun kita sedia maklum bahawa pendapatan mereka mencecah jutaan ringgit sebulan, namun kebahagiaan itu jauh sekali dari raut wajah mereka. Disinilah mainnya keberkatan.. Biarpun pendapatan anda sedikit, namun sekiranya ianya betul2 berkat, nescaya anda akan sentiasa rasa cukup. Hidup anda juga bahagia disamping isteri dan anak yang baik2 belaka..

Dalam perniagaan internet, sudah tentu banyak sekali kelebihan kelebihan yang anda peroleh berbanding perniagaan biasa. Antaranya ialah:

1. Perniagaan internet boleh dilakukan di rumah atau dimana mana sahaja dengan teknology smartphone sekarang.
2. Perniagaan internet tidak memerlukan modal yang besar seperti perniagaan komersil yang biasa.
3. Urusniaga internet merupakan urusniaga global yang mudah mencapai jutaan pelanggan.
4. Anda boleh bercuti sesuka hati anda.
5. Perniagaan anda berjalan selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.



Seronok bukan? Dan yang paling best.. andalah boss anda sendiri. Tapi ingin diingatkan disini bahawa anda bukanlah boss yang mutlak. Sebaliknya boss anda ialah tuhan yakni dalam agama Islam yang saya anuti, boss saya direct terus kepada Allah kerana dialah yang memberikan rezeki. Sekiranya anda kerja kolar putih, apabila anda hendak bercuti maka anda akan menemui boss anda, apabila anda hendak minta kenaikan gaji, anda minta kepada boss anda, apabila anda tidak tahu tentang sesuatu urusan, anda akan bertanya kepada boss anda.

Oleh yang demikian, lakukanlah perkara yang sama apabila anda melakukan urusniaga internet ini. Sekiranya anda ingin bercuti, berdoalah keselamatan dari Allah, Sekiranya anda hendak ditambahkan rezeki, berdoalah dimurahkan rezeki, dan sekiranya anda ingin tahu sesuatu yang anda tidak tahu, berdoalah agar diberi petunjuk. Mudah bukan? Fikir-fikirkan dan Teruskan usaha!
Google